Thursday, March 29, 2007

Petikan CDRK

- Siapa mereka untuk lebih hebat daripada Imam al-Ghazali dan Imam an-Nawawi sedangkan kedua-dua imam itu juga bermazhab Syafii. Siapa pula salafi untuk berpegang dengan zahir nas dan menolak kaul imam serta mengesampingkan mazhab? Kita masih berharap pada kaul mujtahid. Jangan kita berijtihad ke atas ijtihad mujtahid jika kita bukan di martabat itu. -
Cinta Dan Rona Kinanah

- “JIKA sesekali kauintai ke dada langit, pada waktu malam mesra menghamparkan kasih, carilah sebutir bintang paling karib di sisi bulan, kerana itu adalah bintangku. Biar jarak dan waktu memisahkan kita, kau pasti akan melihat bintang yang sama.” -
Bintang Seorang Rafik

- Jumantara Melaka sudah gelap dilitupi kepul-kepul asap, beropol-ropol naik menghitami udara. Masjid Melaka ketika itu sudah jatuh ke tangan Portugis. Sekelompok Muslimah yang berada di dalam masjid itu untuk membantu merawat pendekar-pendekar Melaka yang cedera telah berjaya ditawan Portugis. -
Hikayat Nenek

No comments:

LAM TINGKATAN 5

BISMILLAH, SEMUA BAHAN INI ADALAH DALAM PEMBINAAN. DOAKAN KAMI ISTIQAMAH DAN DIPERMUDAHKAN. SEMOGA USAHA INI DITEMPATKAN DI MIZAN HASANAT NA...