Friday, March 30, 2007

Untuk Tempahan CDRK

Hubungi
| Mohd Zaki M.Noor | +20129621130 |
| mohd.zaki.m.noor@gmail.com |

atau hubungi pengedar-pengedar terlantik.

Untuk jualan di Malaysia, sila buat tempahan dahulu melalui e-mel dengan menyatakan nama, no telefon dan alamat surat menyurat. Insya-Allah, kiriman akan dibuat melalui pos sekitar dalam bulan 7 atau 8. Maklumat lanjut akan diberitahu kemudian.

Thursday, March 29, 2007

Petikan CDRK

- Siapa mereka untuk lebih hebat daripada Imam al-Ghazali dan Imam an-Nawawi sedangkan kedua-dua imam itu juga bermazhab Syafii. Siapa pula salafi untuk berpegang dengan zahir nas dan menolak kaul imam serta mengesampingkan mazhab? Kita masih berharap pada kaul mujtahid. Jangan kita berijtihad ke atas ijtihad mujtahid jika kita bukan di martabat itu. -
Cinta Dan Rona Kinanah

- “JIKA sesekali kauintai ke dada langit, pada waktu malam mesra menghamparkan kasih, carilah sebutir bintang paling karib di sisi bulan, kerana itu adalah bintangku. Biar jarak dan waktu memisahkan kita, kau pasti akan melihat bintang yang sama.” -
Bintang Seorang Rafik

- Jumantara Melaka sudah gelap dilitupi kepul-kepul asap, beropol-ropol naik menghitami udara. Masjid Melaka ketika itu sudah jatuh ke tangan Portugis. Sekelompok Muslimah yang berada di dalam masjid itu untuk membantu merawat pendekar-pendekar Melaka yang cedera telah berjaya ditawan Portugis. -
Hikayat Nenek

Wednesday, March 28, 2007

Para Penyumbang Antologi CDRK

CERPEN
1) Cinta dan Rona Kinanah
Oleh Akhi Masrawi

2) Bintang Seorang Rafik
Oleh Amiza Khusyri Yusof

3) Hikayat Nenek
Oleh Amiza Khusyri Yusof

4) Trilogi Iman
Oleh A. Ubaidillah Alias

5) Nihil Sekeping Salju
Oleh A. Ubaidillah Alias

6) Debat Evolusi
Oleh Syarifah Salha Syed Ahmad

7) Suratan Ramadan
Oleh Syarifah Salha Syed Ahmad

8) Air Mata Tumpah Lagi
Oleh Mohd Zaki M.Noor

9) Sinar Bintang Merdeka
Oleh Mohd Zaki M.Noor

10) Exodus Musim Salju
Oleh Faizatul Herda Mohd Azaman

11) Nadien, Amal Hayati
Oleh Noorshibaaiyah Sharipudin

12) Layar Pedusi
Oleh Anizah Abu Samah

13) Tangisan Syaaban
Oleh Hafiz Noramli Halimi

14) Mencari Iman Ramadan
Oleh Siti Khadijah Abd. Ghaffar

15) Mandala Anak Merdeka
Oleh Faizzin Irsyad

16) Warkah Terakhir Buat Isteriku
Oleh Abdul Muiez Mohammad Ruslee


SAJAK
(Norsuriana Abd.Razak )
1) Gapura Salehuddin al-Ayyubi
2) Kanvas Ramadan
3) Semulus Kiblat-Mu

(Asyraff Hafdzan Abdullah)
4) Cerita Lipas Dan Lipan
5) Kata Mereka Tentang Dunia
6) Sebiji Mata
7) Kotak Hitam

(Mohd Zaki M.Noor)
8) Menjarah Kasih
9) Biar Lagi

(Gild)
10)Tika Hati Berkecamuk

Monday, March 26, 2007

Tulang Belakang CDRK

Tajuk Antologi : Cinta dan Rona Kinanah
Penyusun I : Amiza Khusyri Yusof
Penyusun II : Mohd Zaki M.Noor
Designer Kulit :Alexandaricairo
Penerbit : Penerbitan Mohd Zaki
Muka Taip Teks : Bookman Old Style
Saiz Taip Teks : 9 point
Cetakan : Pertama April 2007
Saiz : 12 x 16 cm
Muka surat : 192 muka surat.

Disemak dengan Kamus Dewan Edisi 4.

Usahasama bersama Komuniti Adabuna.

[Mereka yang mahu mempromosi dialu-alukan]
http://antologi-cdrk.blogspot.com

Sunday, March 25, 2007

Kata-Kata Blurb

"Karya mereka rata-ratanya intim dengan isu semasa dan antarabangsa, berlatarkan dalam dan luar negara, ketara terpelihara moralnya, sarat dengan dakwah menyeru kepada yang makruf dan mencegah yang mungkar, dan pastinya berdenyut selari dengan nafas Islami. Antologi cerpen dan puisi ini adalah bukti kebangkitan para penulis berpendidikan Timur Tengah."
- Zaid Akhtar –

"...karya penulis berpendidikan Timur Tengah lebih rencam, murni, kaya dengan unsur tauhid dan dakwah. Kehadiran mereka amat dialu-alukan agar dapat memperkasa sastera Islam."
- Norizan Muslim, Editor Tunas Cipta –

"Saya tidak menjanjikan anda akan santai menelaah 16 cerpen dan 10 puisi ini atau tidak juga mudah mengimbas hasil tukangan 15 penulis seperti yang sering anda ulangi apabila membelek helaian novel popular atau selayang pandang membaca puisi cinta di majalah hiburan."
- Mohd Nazmi Yaakub, Pengantar –

“Kebangkitan penulis-penulis ini perlu didakap, diberi perhatian dan diterima dengan lapang dada oleh semua pihak.”
- Amiza Khusyri Yusof, Penyusun I –

"Kita berharap gelombang kebangkitan penulis Timur Tengah akan semakin gagah, sekaligus mempamerkan kesannya. Dengan sedikit kerendahan hati, barangkali, antologi ini, Antologi Cinta dan Rona Kinanah, adalah antara langkah-langkah pertama menuju ke arah itu."
- Mohd Zaki M.Noor, Penyusun II -

Saturday, March 24, 2007

Pengenalan CDRK

Cinta dan Rona Kinanah (CDRK) adalah sebuah antologi cerpen dan puisi.

CDRK memuatkan sejumlah 16 cerpen dan 10 sajak.

CDRK mempersembahkan 9 cerpen dan 2 sajak yang telah berjaya menembusi suratkhabar dan majalah tanahair, manakala yang selebihnya merupakan karya-karya segar yang terpilih.

CDRK menghimpunkan 8 penulis lelaki dan 7 penulis perempuan, dengan 13 orang daripadanya adalah penulis Mesir dan 2 penulis Jordan.

CDRK adalah hasil tangan mahasiswa dan mahasiswi Universiti al-Azhar, Mesir, Universiti Mu'tah dan Universiti Of Jordan, THK Jordan.

CDRK mengungkap pelbagai tema dan persoalan dan merupakan hasil tangan penggiat seni sastera dengan latar belakang pengajian agama.

CDRK mendapat sentuhan kata pengantar Mohd Nazmi Yaakub, dipadukan bersama kata penyusun Amiza Khusyri Yusof.

CDRK turut diserikan oleh blurb hasil tangan Zaid Akhtar dan Norizan Muslim.

LAM TINGKATAN 5

BISMILLAH, SEMUA BAHAN INI ADALAH DALAM PEMBINAAN. DOAKAN KAMI ISTIQAMAH DAN DIPERMUDAHKAN. SEMOGA USAHA INI DITEMPATKAN DI MIZAN HASANAT NA...